#AboutKL / News  / Pertandingan Fotografi Canon Seek & Snap : Chasing Nature

Pertandingan Fotografi Canon Seek & Snap : Chasing Nature

Pada Sabtu lepas, 26 November 2016, Canon Marketing Malaysia dan Kolej Universiti KDU menganjurkan pertandingan fotografi yang julung kalinya diadakan bersama yang mendapat sokongan daripada Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia Selangor. Hampir tujuh ratus pelajar daripada sekolah tinggi, kolej dan universiti di Lembah Klang menyertai pertandingan fotografi ini yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk fotografi sebagai salah satu hobi yang sihat di kalangan pelajar di samping memberi peluang kepada mereka menerokai alam semulajadi di kawasan perlancongan terkenal yang berada di Selangor. Inisiatif ini sejajar dengan fokus kerajaan yang mempromosi perlancongan domestik dan eco-tourism.

Peserta yang terdiri daripada pelajar berumur 14 tahun ke atas, telah dicabar untuk merakam fotografi berdasarkan tema yang telah diberikan sepanjang pertandingan tersebut. Pada peringkat pertama, mereka telah diberikan cabaran merakam fotografi dalam dengan tempoh masa yang diberikan. Manakala pada peringkat kedua, mereka dikehendaki merakam gambar berdasarkan jawapan kepada teka-teki(riddle) yang diberikan.

dsc8629

Seek & Snap : Chasing Nature direka khas untuk pelajar berseronok dalam merakam gambar dan meneroka alam semulajadi dalam masa yang sama. Ianya adalah salah satu program yang diperluaskan daripada pertandingan fotografi terkenal iaitu Canon PhotoMarathon yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2008. Seek & Snap : Chasing Naturejuga menggantikan kategori junior dalam pertandingan Canon PhotoMarathon pada tahun ini.

Sebagai penganjur bersama dalam pertandingan fotografi ini, pelajar  Kolej Universiti KDU telah diberikan tugas untuk menganjurkan aktiviti ini. Ianya adalah peluang keemasan bagi mereka untuk menggunakan teori yang dibelajar di dalam kelas dalam melaksanakan pertandingan yang sebenar.

Hampir 100 orang peserta  berumur 14-20 tahun dari 7 buah rumah kebajikan juga menyertai program ini. Antaranya seperti Montfort Boys’ Town, Persatuan Kebajikan Komuniti Harapan Selangor (PKKHS), Daniel Training Centre, Pure Life Society, Pusat Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Rumah Charis Children Home, Shelter Home dan Ti-Ratana Welfare Society.

dsc8689

Perlepasan perserta pertandingan pada jam 9.00 pagi itu telah disempurnakan oleh Encik Iskandar Mirza bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Encik Arshad Mustapa; Pengarah Negeri Selangor Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, Encik Mohd Nor Ismail; Pengarah Negeri Selangor Tourism Malaysia, Encik Mohd Asin Mdali, Pengarah Taman, Taman Botani Negara Shah Alam, Encik Andrew Koh, Presiden dan CEO, Canon Marketing Malaysia dan Prof. Hiew Pang Leang, Naib Cancelor Kolej Universiti KDU.

Hadiah bagi pertandingan ini adalah kamera dan pencetak foto yang keseluruhannya bernilai RM16,000 yang ditaja oleh Canon Marketing Malaysia. Hadiah utama pula adalah kamera Canon EOS 80D beserta dengan kit lensa EFS 18-55mm yang bernilai RM5,499. Penaja-penaja lain bagi pertandingan ini termasuk Taman Botani Negara Shah Alam, Bro & Joe, F&N Malaysia, Legoland Malaysia Resort, Skytrex Adventure dan Utropolis Marketplace.

Nota : Artikel ini dengan ehsan dan kebenaran daripada Malaysia Backpackers

Likes(0)Dislikes(0)

No Comments

Leave a Reply

Partners & Affiliates