#AboutKL / Play  / MUD – Our Story Of Kuala Lumpur

MUD – Our Story Of Kuala Lumpur

   Kuala Lumpur yang berada di kedudukan ke 9 dalam senarai 100 bandar-bandar di dunia yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong antarabangsa  adalah sebuah bandar yang sangat indah dan kaya dengan budaya.

   Keunikan budaya serta gaya hidup masyarakat pelbagai bangsa yang tinggal bersama-sama di bandar Kuala Lumpur sentiasa mendapat perhatian dunia. Walaubagaimanapun, tak ramai yang tahu bahawa keunikan dan apa yang dimiliki oleh Kuala Lumpur hari ini adalah hasil dari jerih perih yang diwarisi dari mereka-mereka yang terdahulu dan segala-galanya akan terjawab bila kita menonton persembahan MUD-Our Story of Kuala Lumpur di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.

 

img-20161015-wa0005   Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, yang diwartakan di bawah Akta Antikuiti adalah antara bangunan warisan yang telah berusia lebih dari 100 tahun dan bersesuaian dengan taraf tersebut, Panggung Bandaraya Kuala Lumpur telah menjadi lokasi bagi persembahan muzikal MUD – Our Story of Kuala Lumpur yang merungkai segala memori dan sejarah Kuala Lumpur bermula dari di awal penubuhannya.

 

 

MUD – Our Story of Kuala Lumpur dipentaskan setiap hari pada jam 3 petang dan 8.30 malam .

 

 

   MUD – Our Story of Kuala Lumpur mempamerkan realiti sebenar kehidupan warga Kuala Lumpur yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan tetapi  bersatu di bawah satu bumbung yang sama iaitu Kuala Lumpur. Persembahan MUD – Our Story of Kuala Lumpur bermula pada tahun 1857 sehingga ke era kegemilangan industri perlombongan yang menyaksikan kemakmuran dan kekayaan hidup Kuala Lumpur pada tahun 1880. Kisah berkisar tentang bagaimana tiga sahabat, Mamat, Meng dan Muthiah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru dan mengejar kejayaan. 

 

img-20161015-wa0011

 

   Jatuh bangun kehidupan, sakit pening, suka duka dan segala permasalahan mereka tangani bersama menunjukkan bahawa kasih sayang dan penyatuan rakyat Malaysia berbilang bangsa telah wujud sejak dulu lagi dan apa yang dilihat masyarat dunia hari ini adalah diwarisi dari.

   Disebalik segala suka duka kehidupan yang mereka alami, semangat kasih sayang dan patriotik ketiga-tiga mereka pada Kuala Lumpur mengatasi segala-galanya. Pada tahun 1881, kota tercinta mereka dibakar api yang marak dan ketiga-tiga mereka bergabung atas satu misi dan rasa yang sama ~ membangunkan semula Kuala Lumpur yang mereka cinta. Tapi dugaan demi dugaan melanda, Kuala Lumpur dilanda banjir besar yang telah memusnahkan segala-gala yang mereka bina.

 

img-20161015-wa0009

   Dalam kesedihan dan kekecewaan kerana dilanda trajedi demi trajedi, mereka berada di dua persimpangan ~berhijrah ke tempat lain atau membangunkan semula Kuala Lumpur. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk membangunkan kota tercinta ini bersama-sama dan semuanya dilakukan kerana satu rasa ~ Cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Kuala Lumpur.

   Persembahan MUD – OUR STORY OF KUALA LUMPUR sangat dramatik, disampaikan dengan penuh emosi dan warna warni. Ada babak yang bakal membuat penonton ketawa kerana lawak yang bersahaja dan ada babak yang bisa membuat penonton menitiskan airmata kerana tersentuh emosi. Penonton bakal melihat realiti sebenar budaya dan gaya hidup tiga bangsa utama di Kuala Lumpur iaitu Melayu, India dan Cina yang dipersembahkan dengan jayanya. Walaupun berbeza adat, budaya dan ugama, masyarakat berbilang bangsa di Kuala Lumput tetap hidup sayang menyayang dan penuh harmoni sejak dari dulu lagi sehingga hari ini.

MUD – Our Story of Kuala Lumpur adalah persembahan yang wajar ditontoni bukan sahaja oleh pelancong asing malah juga warga Malaysia kerana ia menyingkap sejarah Kuala Lumpur sehingga ke isinya. 

Tiket bagi menonton MUD – Our Story of Kuala Lumpur adalah berharga RM53 (Pemegang MyKad) dan RM84.80 (Bukan Pemegang MyKad) dan boleh didapati di Kaunter atau dengan melayari laman web MUD di http://mudkl.com/#section-tickets

Likes(0)Dislikes(0)

No Comments

Leave a Reply

Partners & Affiliates