#AboutKL / Play  / Menitis Air Mata Tengok Persembahan Muzikal MUD: Kisah Kuala Lumpur

Menitis Air Mata Tengok Persembahan Muzikal MUD: Kisah Kuala Lumpur

    Tahukah pada tahun 1881, banjir besar telah melanda Kuala Lumpur dan telah memusnahkan banyak harta benda termasuk memusnahkan impan penduduk kota terbut?

    Tak tahu?

    Apa kata anda tengok persembahan musikal MUD KL. Dalam masa 60 minit persembahan tersebut, anda akan mengetahui sejarah kejatuhan dan kebangkitan Kuala Lumpur dan dapat merasa semangat tidak berputus asa dan semangat perpaduan antara kaum yang pasti akan membuat anda menitiskan air mata.

    Tak percaya? Layan teaser MUD KL ini yang sapa percaya mampu memberikan adrenalin untuk anda melihat persembahan muzikal ini.

 

MUD: Kisah Kuala Lumpur

    Persembahan Muzikal MUD KL ini tertumpu pada zaman kegemilangan biji timah yang mana telah membawa ramai pemborong dan pedagang dari seluruh asia ke pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Lumpur (harini dikenali sebagai Sungai Gombak) dan Sungai Kelang.

    Di Kuala Lumpur, tempat dimana 3 orang sahabat; Mamat, Meng dan Muthiah yang telah berhijrah dari kampung halaman demi mencari peluang hidup yang lebih baik di kota yang sedang membangun.

 

Persembahan Dipecahkan Kepada 4 Babak

mud-kl-2

    Susunan kemas persembanan ini dibahagikan kepada 4 babak yang mana ia bermula pada sekitar tahun 1880 dengan pertemuan semula  Meng dan Muthiah dengan sahabat lama mereka Mamat yang telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur.

    Persembahan lakonan, tarian dan nyanyian mantap dari barisan pelakon Enfiniti Academy pasti membuatkan anda leka tanpa rasa ingin menyentuh telefon bimbit anda walaupun ia sedang bergetar.

    Anda pasti takkan mahu lepaskan peluang untuk melihat tarian dan nyanyian lagu tempatan dan juga diselitkan dengan syair Melayu dalam adengan ibu dan anak, dan pasti tidak mahu lepaskan peluang melihat tarian boria pada adengan kenduri kampung.

 

Interaksi Pelakon dan Penonton

mud-kl-1

    Keunikkan yang dibawa oleh persembahan muzikal ini adalah penonton akan ditarik secara rawak oleh pelakon untuk naik ke atas pentas bagi melakonkan bersama babak bergotong royong ketika kenduri diadakan, dan bersama dalam babak bekerjasama memadamkan kebakaran yang berlaku.

    Para penonton juga dibenarkan untuk mengambil gambar sepanjang persembahan berlangsung, dan digalakkan untuk berkongsi di laman social mengenai persembahan MUD KL yang sedang berlangsung.

 

Diadakan di Dalam Bangunan Ikonik Panggung Bandaraya

mud-kl

    Persembahan diadakan didalam bangunan ikonik Panggung Bandaraya yang telah dibina pada tahun 1902. Uniknya bangunan ini ialah ia diinspirasi daripada complex Mughal yang mana ia mempunyai muka bangunan melengkung dan kubah tembaga di atas anjung utama.

    Panggung ini adalah saksi yang menjadi pusat perkembangan seni di Kuala Lumpur yang mana di sini telah pernah dianjurkan banyak persembahan tradisional, kontemporari, termasuk drama, muzikal, tarian dan konsert.

 

mud-kl-2

 

    Segala drama yang berlaku di dalam persembahan, pasti akan memberikan suatu impak kepada penonton yang keluar dari panggung. Saya sendiri menitiskan air mata melihatkan semangat bergotong royong dan bekerjasama antara masyarakat tanpa mengira warna kulit.

     Sekaligus memberi semangat baru kepada saya apabila melihat kesungguhan masyarakat membangunkan semula kota Kuala Lumpur sudah tiada apa-apa lagi selepas menghadapi bencana hebat pada tahun 1881.

  • Tiket MUD KL boleh didapati dengan harga RM 84.80, dan RM 53 untuk pemegang MyKad.
  • Anda boleh dapatkan tiket di kaunter Pangung Bandaraya Box Office, atau secara online di www.mudKL.com.
  • Tayangan hanya setiap hari dan waktu tayangan adalah pada jam 3 petang, dan 8.30 malam sahaja.
  • Ada 2 kaedah untuk ke Pangung Bandaraya jika anda menggunakan kemudahan awam; iaitu melalui LRT (hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen Masjid Jamek), Bus Hop-On Hop-Off (Turun di perhentian #17 di dataran Merdeka).
  • Layari www.mudkl.com atau hubungi di talian 03 2602 3335 untuk maklumat lanjut.

Program #AboutKL adalah sebuah program anjuran Tourism Malaysia Kuala Lumpur dengan kerjasama Gaya Travel Magazine dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur pusat tumpuan social media influencer untuk meneroka dan berkongsi keunikkan yang ada di Kuala Lumpur di laman social media dan di laman web rasmi aboutkl.my.

Likes(0)Dislikes(0)

No Comments

Leave a Reply

Partners & Affiliates