#AboutKL / Food  / Gourmet Safari KL: 4 Tempat Makan dan Berhibur di Malam Hari

Gourmet Safari KL: 4 Tempat Makan dan Berhibur di Malam Hari

    Kak Fink dan rakan rakan lain hari tu berpeluang untuk menikmati makanan yang disajikan oleh pihak Gourmet Safari KL yang terletak di Jalan Changkat Bukit Bintang. Pastinya malam hari di sini sangat meriah kerana di sini lah tumpuan untuk mereka yang suka kan night life.

    Kami berpeluang ke 4 tempat makanan yang menarik pada malam itu. Antaranya Opium, Dining in the Dark, The Steak House, The Whisky Bar dan juga Forbidden City. Apa yang menariknya setiap tempat makanan ini mempunyai konsep yang berbeza dari segi dekorasi dan juga hidangannya.

gourmet-safari-kl-1

Opium KL

    Opium KL merupakan restoran asian terbaik di Changkat Bukit Bintang KL yang ditubuhkan pada 12 Julai 2014. Opium menawarkan hidangan masakan oriental seperti Dim sum, Fern Leaf Salad, Crispy Duck Noodles, Angus Beef Rendang, and the signature Beef Brisket & Tendon Stew.

gourmet-safari-kl

    Sebagai penyejuk tekak yang pertama, kami disajikan dengan air istimewa daripada Opium KL iaitu Mangga Asam Boi. Percayalah cukup rasa masam dan manis dalam satu hirupan. Saat air Mangga Asam Boi lalu membasahi tekak, seakan memberi rasa kesegaran yang sukar kak fink nak gambarkan..Terbaik! Tak cukup satu sebenarnya hahaha..

gourmet-safari-kl-2

    Menu kedua kami adalah Cajun Prawn Manggo Salsa. Gabungan manis dan masam dalam satu sudu memang memberikan rasa yang mampu buat semua yang merasainya suka dengan hidangan ini. Terasa di mulut saat menulis entry ni.

gourmet-safari-kl-3

    Dan kami akhiri menu kami di Opium KL dengan Sauteed Black Pepper Dumpling. Menu ni paling menjadi pilihan kak fink sebab kak fink suka kan menu yang pedas. Memang kena dengan selera. Rasa nak tambah lagi. Kena cuba yang ni bila pergi ke Opium KL ya.

gourmet-safari-kl-5

    Dekorasi di Opium KL sangat klasik dan romantik. Lampu samar samar buat kita rasa sangat relax untuk makan makan dan lepak di malam hari. Kak fink tak melepaskan peluang untuk OOTD di salah satu bahagian yang ada di Opium KL.

opium-kl

    Selesai di Opium KL, kami meneruskan perjalanan makan malam kami ke satu tempat yang paling kak fink teruja untuk mencubanya. Dining in the dark adalah satu konsep yang lain dari yang lain daripada kebanyakan restoran dan bar yang ada di sekitar Kuala Lumpur.

gourmet-safari-kl-4

Dining in the dark

    Makan dalam keadaan yang sangat gelap dan tidak mempunyai sedikit pun cahaya memang mencabar. Kami masuk di laluan pintu, dengan memegang bahu rakan yang berada di hadapan. Boleh dikatakan 100% gelap. Kami cuma mendengar arahan daripada pelayan yang bertugas di mana kedudukan pinggan, gelas, sudu dan garfu untuk digunakan.

gourmet-safari-kl-6

    Masa beberapa minit di dalam tempat yang gelap ni, kepala kak fink terasa sedikit pening kerana terlalu menekan mata bila berada di dalam keadaan gelap. Tapi bila disarankan oleh kawan kawan untuk menutup mata, rasa pening tu semakin berkurangan.

    Sebenarnya ada bagusnya bila kita makan di dalam keadaan gelap kerana kita akan lebih fokus kepada rasa makanan tersebut. Di sini kita lebih menghargai dengan deria rasa yang dianugerahkan selama ini. Kami mencuba 4 menu di Dining in the Dark iaitu:

  • Deep Fried Chicken and Shrimp Parcel on Cucumber Chutnet
  • Roasted Eggplant, Red Pepper and Onions with Thyme Smoked Lamb
  • Orange, Pomegranate and Lettuce Salad with Vinaigrette
  • Smoked Mackarel on A Leek and Mushroom Stew

dining-in-the-dark

The Steak House

    Perjalanan makan kami pada malam itu tidak berhenti di Dining in the dark tetapi kami meneruskan misi ke The Steak House. Daging lembu yang ada di The Steak House ni di import daripada Australia. Mesti ramai yang tertanya tanya apa istimewanya steak di sini kan?

    The Steak House merupakan restoran hidangan steak Top 10 daripada 2554 restoran yang ada di Lembah Klang telah disyorkan oleh TripAdvisor.. Wowww Top 10! Siapa yang belum pernah berkunjung ke sini lagi, boleh lah masukkan The Steak House sebagai wishlist yang perlu di pergi bersama yang tersayang.

the-steak-house

    Steak kami disulam dengan air Virgin Mojito. Rasa masam tu mampu memotong rasa loya apabila korang makan steak tu nanti. Tapi bagi kak fink, kak fink tak rasa loya pun sebab sedap sangat steak di sini. Nak tahu sedap ke tidak, tu korang kena cuba sendiri ya.

the-steak-house-2

    Di sini kami disajikan dengan hidangan steak yang diberi nama Beef Medallion on Garlic Mash Potato and Black Pepper Sauce. Walaupun perut sudah agak penuh kerana ini merupakan tempat ketiga yang kami datang untuk makan tapi kak fink berjaya habiskan hidangan ni. Sedap sangat. Semua nya seakan bersatu rasanya dan akan ada perasaan sayang bila steak di depan mata tidak dihabiskan.

the-steak-house-3

The Whisky Bar

    Penutup kami adalah daripada The Whisky Bar yang menyajikan set Magic Liquid. Ini memang menjadikan semua orang teruja untuk mencubanya kerana terdiri daripada strawberry, pisang, keju dan juga mashmallow. Apa yang menariknya, pilih salah satu 4 di atas dan celup ke dalam coklat.

the-steak-house-4

    Tapi bukan hanya celup didalam cairan coklat tu sahaja, kami dapat mencelupnya ke dalam nitrogen yang mampu membekukan celupan itu tadi. Macam yang ni, kak fink pilih buah pisang untuk dicelupkan dalam coklat terlebih dahulu.

the-steak-house-6

    Kemudian terus masukkan pisang tadi ke dalam nitrogen selama 2 saat sahaja. Jangan terlalu lama kerana jika tidak, pisang tadi akan menjadi terlalu sejuk dan membeku. Terlalu keras sehingga susah untuk dimakan. Penutup yang menyeronokkan untuk kami malam tu. Memang nampak semua terhibur masa tengah makan.

the-steak-house-5

    Sesekali masuk menjadi kanak kanak main sambil makan begini memang mampu hilangkan stress. Apatah lagi ketika perut tengah kenyang sangat. Ini mampu menjadi pencuci mulut yang terbaik untuk mengakhiri makan malam kami. Serius rasa nak ulang lagi!

the-steak-house-7

Forbidden City

    Selesai semuanya, kami kembali ke Forbidden City untuk menyaksikan Live Music daripada Jamie Wilson Trio. Forbidden City adalah sama aras dengan Dining in the dark. Bersebelahan sahaja tempatnya. Tapi di sini tidaklah segelap seperti Dining in the dark. Cuma samar samar je lampunya..

gourmet-safari-kl-7

    Dekorasinya sangat oriental dan moden. Sesuai dengan mood untuk kita lepak santai bersama kawan kawan mahupun yang tersayang di malam hari. Warna warna terang yang ada di kerusi dan perabot di sini memang menarik hati kak fink.

gourmet-safari-kl-8

    Gabungan Trio ini memang mampu hilangkan rasa ngantuk selepas kekenyangan tadi. Sehingga jam 10.30 malam kami melayan perasaan dengan mendengar petikan gitar dan ketukan drum yang sangat bertenaga. Inilah Kuala Lumpur, walaupun jam menghampiri tengah malam, keadaannya masih riuh dan masih meriah dengan mereka yang menyukai night life di KL.

gourmet-safari-kl-9

    Sekiranya ada yang masih mencari cari tempat untuk lepak santai dan tempat makan dalam masa yang sama, boleh lah tuju ke Gourmet Safari KL kerana di sini pelbagai citarasa dan hiburan disajikan untuk para pengunjung.

    Kenapa perlu pilih satu tempat makan yang sedap sedangkan kita mampu mendapatkan empat tempat makan yang boleh dicuba di sini. Terutama pengalaman merasai makan di dalam tempat yang gelap di Dining in the dark, mesti dicuba kerana belum tentu di tempat lain ada.

Gourmet Safari KL
Alamat: 45C Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Website: http://gourmetsafarikl.com
Telefon: +6012 248 5797 / +603 2145 2196
Email: events@wernersgroup.com

Likes(0)Dislikes(0)

No Comments

Leave a Reply

Partners & Affiliates