#AboutKL / Beyond KL  / Alami Suasana Kampung & Tempat Menarik Di Sungai Besar, Selangor

Alami Suasana Kampung & Tempat Menarik Di Sungai Besar, Selangor

Sungai Besar merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran padi yang tertinggi dan perkampungan nelayan. Memiliki tarikan tersendiri serta mampu menggamit orang luar untuk berkunjung ke sini dengan keunikan makanan tempatannya dan kedamaian suasana desa.

Terletak di utara Negeri Selangor, dengan jarak 92km dalam perjalanan dari Kuala Lumpur atau secara kasar mengambil masa 1 jam 15 minit perjalanan melalui PLUS ke Latar Highway.

ANTARA TEMPAT MENARIK DI SUNGAI BESAR

Atas jemputan Tourism Malaysia Selangor, kami berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Sungai Besar dan Sekinchan yang berikut:

1.MUZIUM PADI SEKINCHAN

Persinggahan pertama adalah Muzium Padi di Sekinchan. Setibanya di sana, anda dipaparkan dokumentari aktiviti pesawah dan cara pemprosesan beras dengan kaedah penanaman pengunakan jentera. Pelbagai jensberas yang dihasilkan antranya Pearl Fragrant Rice, Pearl Brown Rice dan Healthy Brown Rice.

Pengunjung boleh mendapatkan atau membelinya di PLS Marketing (M) Sdn Bhd. PLS Marketing (M) Sdn Bhd merupakan salah satu kilang memproses padi yang membolehkan pengunjung melawat kilang mereka. Di muzium ini juga memaparkan beberapa peralatan dan replika mesin yang pernah digunakan oleh pesawah.

2

NAIK KERETA KLASIK

Pengunjung dibawa bersiar menikmati keindahan sawah padi dengan menaiki kereta klasik. Walaupun cuaca agak panas, masih terserlah kegembiraan di wajah para pengunjung kerana dapat menerokai sawah padi yang luas dan indah.

1

2. NISAH AGRO FARM

Lokasi kedua adalah Nisah Agro Farm iaitu projek cendawan tiram putih yang diusahakan oleh pemilik ladang itu. Penanaman cendawan ini menggunakan padi jerami yang telah dikeringkan dan hanya mengambil masa yang lebih singkat untuk tumbuh. Menariknya, perusahaan cendawan ini hanya terdapat di Malaysia sahaja.

3

3. D’BAYU IMPIAN HOUSESTAY

Makan tengahari di D’Bayu Impian Housestay yang terletak di Prit 16 Sungai Panjang, Sungai Besar. Di bayu Impian Housestay merupakan salah sebuah syarikat perniagaan yang berasaskan perkhidmatan yang telah ditubuhkan pada 7 Mac 2011. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti mempunyai 1 bilik dan 2 biik.

Ada katil, penghawa dingin, televisyen, bilik air serta kelengkapan mandi seperti tuala dan sabun. Selain itu juga ada beberapa bilik yang menyediakan ruang dapur untuk memasak. Terdapat juga yang mempunyai ruang rehat, ruang tamu dan brandar luar. Sesuai juga untuk seisi keluarga yang ramai atau ada setengah bilik yang sesuai untuk 2 atau ahli keluarga sahaja.

Housestay ini juga sesuai untuk pelajar kolej dan universiti untuk mengadakan aktiviti perbincangan kerana terdapat dewan seminar yang disediakan. Perkhidmatan lain yang turut disediakan ialah memancing, meja pool, karaoke, BBQ atau exotic menu, mengadakan majlis hari keluarga, reunion, aktiviti kebudayaan, silat, kuda kepang dan kompang.

4

4. TAMAN KELIP-KELIP, SUNGAI PAKEH

Lokasi seterusnya adalah di Sungai Pakeh yang terletak di kawasan pendalaman Sungai Panjang, Sungai Besar. Ia terkenal dengan Taman Kelip-kelip yang merupakan salah satu tempat di Selangor untuk melihat kelip-kelip.

Keip-kelip boleh dilihat 3 kilometer di sepanjang sungai itu. Ini adalah salah satu tarikan bagi mereka yang gemarkan suasana alam semulajadi dengan kehadiran jutaan kelip-kelip pada waktu malam. Selain terkenal dengan Taman Kelip-kelip, ia juga lokasi persinggahan burung enggang yang dikatakan jarang ditemui.

 

Perkhidmatan sampan disediakan untuk membawa pengunjung menyusuri tebing sungai dalam gelap sambil menikmati cahaya kelip-kelip dimalam hari

Perkhidmatan sampan disediakan untuk membawa pengunjung menyusuri tebing sungai dalam gelap sambil menikmati cahaya kelip-kelip dimalam hari

 

5. PASAR PETANG SUNGAI HAJI DORANI

Pengunjung boleh singgah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani yang beroperasi seawal pukul 4 petang setiap hari. Terdiri daripada banyak gerai makanan laut yang menawarkan pelbagai tangkapan segar yang dihantar terus oleh nelayan. Gerai-gerai makanan yang menjual makanan tempatan juga boleh didapati di sini, yang beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Pasar Haji Dorani terkenal dengan hasil tangkapan laut seperti ikan, ketam, kerang, udang, sotong, mentarang dan lain-lain lagi

Pasar Haji Dorani terkenal dengan hasil tangkapan laut seperti ikan, ketam, kerang, udang, sotong, mentarang dan lain-lain lagi

Terdapat juga makanan laut yang dikeringkan seperti ikan masin

Terdapat juga makanan laut yang dikeringkan seperti ikan masin

6. NAYAN KOLEKSI VINTAJ & KULIT

Tidak jauh dari sini terdapat kedai menjual barangan kulit iaitu Nayan Koleksi Vintaj & Kulit.

 

Pemiliknya Mazlan, pakar dalam membuat barangan daripada kulit seperti beg dan dompet

Pemiliknya Mazlan, pakar dalam membuat barangan daripada kulit seperti beg dan dompet

Kedai beliau menjual barangan kulit disesuaikan dengan beberapa koleksi vintaj. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang baik.

Diantara lukisan yang beliau hasilkan

Diantara lukisan yang beliau hasilkan

7. RESTORAN NASI BULUH

Bersebelahan dengan kedai itu, terdapat sebuah Restoran Nasi Buluh. Menariknya di sini, pengunjung akan dihidangkan dengan nasi yang dimasak dalam buluh. Pelbagai aneka lauk pilihan disediakan antaranya kari kambing, udang sambal, ayam masak merah, ayam rendang, ayam goreng berempah dan gulai ikan.

Pelbagai minuman buah-buahan juga boleh didapati disini antaranya jus oren, jus epal, jus tembikai, jus tembikai susu dan carrot susu. Kelapa Muda Leleh dan Mango Susu dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut.

Nasi yang dikukus dalam buluh membuka selera pengunjung yang datang

Nasi yang dikukus dalam buluh membuka selera pengunjung yang datang

Jika anda mencari kelainan dalam makanan, silalah berkunjung ke restoran ini, terletak di Pekan Sekinchan , Parit 7

Jika anda mencari kelainan dalam makanan, silalah berkunjung ke restoran ini, terletak di Pekan Sekinchan , Parit 7

8. PANTAI REDANG

Lokasi terakhir adalah di Pantai Redang yang menjadi lokasi pengunjung melihat matahari terbenam. Tidak jauh dari situ terdapat satujeti yang menjadi pusat pendaratan nelayan memunggah hasil-hasil tangkapan.

Menikmati keindahan matahari terbenam bersama angin pantai

Menikmati keindahan matahari terbenam bersama angin pantai

AKHIR KATA

Tidak perlu pergi ke luar negara untuk bercuti. Bagi anda yang berada di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, Sungai Besar merupakan pilihan tepat jika mahu menikmati percutian yang penuh segar dan merasa kehidupan kampung tanpa perlu pergi jauh.

Sungguh, ada banyak sangat tempat menarik di Selangor yang ramai orang tidak tahu.

Pergilah bawa keluarga bercuti!

 

Likes(0)Dislikes(0)

No Comments

Leave a Reply

Partners & Affiliates