#AboutKL / Heritage/Culture  / 3 Tempat Sejarah Kuala Lumpur Ini Menarik Untuk Dikunjungi, No 3 Memang “Awesome”!

3 Tempat Sejarah Kuala Lumpur Ini Menarik Untuk Dikunjungi, No 3 Memang “Awesome”!

   Baru-baru ini aku berpeluang untuk menerokai lokasi bersejarah selain dataran merdeka di Kuala Lumpur bersama pihak Tourism Malaysia dan Gaya Travel.
   Sebut je menerokai Kuala Lumpur sudah tentu pelbagai tempat best yang ada di sana. Walaupun dah 20 tahun lebih aku hidup di Malaysia, masih ada beberapa tempat lain lagi tak penah aku datang.
   Jadi kat sini aku nak kongsikan dengan korang 3 tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang mungkin korang juga tak penah sampai lagi. Jadi lepas ni boleh lah singgah.

 

1. Cafe Coliseum

 

dsc_1181

 

     Cafe Coliseum ini dibina pada tahun 1921. Cafe ini juga salah satu tempat bersejarah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang juga mempunyai sejarahnya tersendiri sekitar tahun 1920 an. Ianya juga menjadi contoh terbaik sebagai tempat yang penuh memori.
   Selain itu juga, Cafe Coliseum ini dari jauh seakan nampak tempat yang begitu klasik. Namun didalamnya sungguh mengagumkan. Malah turut disediakan pelbagai lagi juadah enak. Masakan ala kampung pun ada juga beb.

 

2. KL City Gallery

 

image

 

  Tempat ini mengumpulkan pelbagai karya seni dan klasik sepanjang Kuala Lumpur ini dibina. Apa yang menarik, aku turut berpeluang melihat persembahan beberapa projek akan datang termasuk pembangunan bangunan pencakar langit yang seterusnya akan dibina tak lama lagi. Menarik weh!

 

image2
kl

 

3. MUDKL

 

mud

 

Pertama kali menjejakkan ke MUDKL, aku terkesima melihat struktur bangunan dan hiasan dalaman dalam panggung ini. Boleh dikatakan MUDKL seperti “adik” kepada Istana Budaya. Kualiti bunyi dan fasiliti yang ada, cukup sempurna.

 

mudkl

 

   MUDKL ini mempersembahkan penceritaan dari mula bagaimana bandaraya Kuala Lumpur di awalnya sebelum di transformasi menjadi sebuah bandar yang gah. Dari segi teknik penceritaannya sungguh menarik, ditambah lagi dengan kualiti lakonan dari pelakon teater berpengalaman.
   Kalau diikutkan, banyak lagi tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur yang boleh dilawati. Dan besar kemungkinan anda akan terkejut dan tak sangka sesuatu tempat itu memang ada. Sedangkan kita sebagai rakyat Malaysia tak penah jejak lagi.

Memang perlu cuba. Jom meneroka KL!

 

 

Likes(1)Dislikes(0)

No Comments

Leave a Reply

Partners & Affiliates